KATA MAJMUK
KATA MAJMUK
Start
Your answers are highlighted below.
Question 1 |
Liza bertekad untuk __________ bapanya menjadi seorang pensyarah.
A | menjual muka |
B | mengikut telunjuk |
C | mengikut jejak |
D | menjual akal |
Question 2 |
Semua maklumat murid yang __________ telah disediakan oleh guru kelas untuk diserahkan kepada Guru Besar.
A | lipat ganda |
B | kemas kini |
C | tangkap muat |
D | kenal pasti |
Question 3 |
Pemuda-pemuda itu sedang membaca __________ yang ditampal di laman sesawang.
A | iklan jawatan kosong |
B | iklan sejawatan kosong |
C | iklan berjawatan kosong |
D | iklan perjawatan kosong |
Question 4 |
Tunku Abdul Rahman ialah __________ Malaysia yang pertama.
A | Menteri Negara |
B | Perdana Menteri |
C | Menteri Besar |
D | Ketua Menteri |
Question 5 |
Pasukan bola sepak sekolah perlu __________ usaha sekiranya mahu memenangi pertandingan peringkat negeri.
A | menambahbaikan |
B | mengemaskinikan |
C | menguatkuasakan |
D | melipatgandakan |
Question 6 |
Shuhami dan Latifah tinggal berjiran tetapi mereka tidak __________.
A | berbaik pulih |
B | beramah mesra |
C | bertegur sapa |
D | bersoal jawab |
Question 7 |
Seorang guru yang berpengalaman dijemput sebagai ahli panel dalam majlis __________ dengan murid-murid tentang teknik menjawab soalan.
A | siap sedia |
B | suai kenal |
C | ramah mesra |
D | soal jawab |
Question 8 |
Pak Kamal sudah tiada __________ lagi untuk menanggung persekolahan anaknya kerana dia diserang penyakit lumpuh.
A | syak wasangka |
B | muat naik |
C | timbal balas |
D | daya upaya |
Question 9 |
__________ menjadi pedoman untuk kapal-kapal yang belayar di Selat Melaka.
A | Rumah asap |
B | Rumah panjang |
C | Rumah pangsa |
D | Rumah api |
Question 10 |
Majalah-majalah dan surat khabar lama ini akan dihantar ke kilang untuk dijadikan kertas tisu melalui __________.
A | proses berkitar semula |
B | proses kitaran semula |
C | proses mengitari semula |
D | proses pengitaran semula |
Question 11 |
Fadzil __________ untuk belajar di sekolah menengah berasarama penuh kerana pencapaian yang cemerlang dalam UPSR.
A | mendapat tempat |
B | membawa diri |
C | mengubah langkah |
D | menumpang hidup |
Question 12 |
Pameran __________ di Muzium Taiping mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama ahli sejarah.
A | batu timbang |
B | batu bersurat |
C | batu karang |
D | batu asahan |
Question 13 |
Yusniza bercakap dengan lemah-lembut untuk __________ orang tuanya.
A | menjeruk hati |
B | mengikat kata |
C | menjengkal muka |
D | menjaga hati |
Question 14 |
Seniwati popular yang berlakon dalam drama itu mempunyai __________ yang sangat cantik.
A | rupa paras |
B | rupa bangsa |
C | rupa bumi |
D | rupa bentuk |
Question 15 |
Wartawan akhbar itu sedang __________ dengan seorang murid yang mendapat 11A dalam SPM itu.
A | menemu bual |
B | menyoal siasat |
C | menjanji temu |
D | menemu duga |
Question 16 |
__________ hanya boleh bergerak di atas landasan khasnya sahaja.
A | Kereta api |
B | Lori sampah |
C | Kereta lembu |
D | Kereta sewa |
Question 17 |
__________ di lebuh raya itu ialah 60 kilometer sejam.
A | Kenderaan berat |
B | Kenderaan ringan |
C | Hala tuju |
D | Had laju |
Question 18 |
Abang begitu gembira apabila diberitahu oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan bahawa dia lulus dalam ujian __________.
A | janji temu |
B | pandu uji |
C | temu duga |
D | temu ramah
|
Question 19 |
Rohani dan Rosli sedang meneliti __________ yang ditampal pada papan kenyataan.
A | jadual ujian bulanan |
B | jadual uji bulanan |
C | jadual menguji bulanan |
D | jadual pengujian bulanan |
Question 20 |
Kambing-kambing yang diternak oleh Pak Bakri itu berjalan menuju ke kawasan __________ yang luas di kaki bukit itu
A | padang pasir |
B | padang jarak |
C | padang tembak |
D | padang ragut |
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect.
Get Results
There are 20 questions to complete.
← |
→ |
You have completed
questions
question
Your score is
Correct
Wrong
Partial-Credit
You have not finished your quiz. If you leave this page, your progress will be lost.
Correct Answer
You Selected
Not Attempted
Final Score on Quiz
Attempted Questions Correct
Attempted Questions Wrong
Questions Not Attempted
Total Questions on Quiz
Question Details
Results
Date
Score
Hint
Time allowed
minutes
seconds
Time used
Answer Choice(s) Selected
Question Text
All done
: D, Need more practice!
: C, Keep trying!
: B, Not bad!
: A-, Good work!
: A, Perfect!
LLA